Air merupakan bahan penting untuk manusia dan haiwan. Malangnya pada masa ini, air dikatakan telah dicemari. Pencemaran air berpunca daripada sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab. Sungai yang menjadi sumber penting air menjadi kotor. Orang ramai membuang sampah ke dalam sungai
Hidupan air seperti ikan tidak dapat membiak dengan sempurna. Akibatnya, sukar bagi kita untuk mendapatkan sumber makanan. Air sungai yang kotor boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit berbahaya yang disebabkan oleh air ialah penyakit taun. Penyakit taun boleh menyebabkan kematian. Jika sungai terus tercemar, kesihatan orang ramai pasti terjejas.
Undang-undang yang ketat mestilah dikenakan terhadap masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai yang mencemarkan sungai mesti dikenakan tindakan. Selain itu, kerajaan boleh mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan sungai.
No comments:
Post a Comment