Monday, 16 April 2012

Ahli Kumpulan

Ahli Kumpulan

Kradi Bin Sulkar  (PPG/32295/12)
Walter Glispin Anak Raen  (PPG/32569/12)
Saptiah Binti Mahelin  (PPG/32497/12)
Lolin Anak Ng'dum  (PPG/32318/12)
Cecilia Nisang Anak Mindor  (PPG/32117/12)
Cathrain Sity Anak Juret  (PPG/32114/12)

Senarai Tugas Ahli Kumpulan
  • Kradi Bin Sulkar - Memasukkan RPH dan bahan ke dalam blog
  • Walter Glispin Anak Raen - Menyediakan rancangan pengajaran harian
  • Saptiah Binti Mahelin & Lolin Anak Ng'dum - Mengumpul gambar dan audio/video
  • Cecilia Nisang Anak Mindor & Cathrain Sity Anak Juret - Menyediakan Lembaran Kerja

Sunday, 15 April 2012

Rancangan Pelajaran Harian

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 4 Delima
Mata Pelajaran
:
Bahasa Melayu
Tahun
:
4 Delima
Tarikh
:
16 April 2012
Hari
:
Isnin
Masa
:
0730 – 0830 pagi
Unit
:
Unit 11 :  Lestari Alam
Tajuk
:
Pencemaran Air
Hasil Pembelajaran
:
Fokus Utama

:
5.2 Aras 3
(i)
Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

:
Fokus Sampingan

:
4.1 Aras 2
(i)
Mengemukan pendapat bagi menjelaskan idea tentang isu perbincangan
Objektif
:
Di akhir pelajaran ini, murid dijangka akan dapat :-


1.
Membaca lancar pelbagai teks dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang menarik.


2.
Mengemukan pendapat bagi menjelaskan idea tentang teks yang diberikan.


3.
Menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan.
Sistem Bahasa
:
Kosa Kata :- pencemaran, anugerah
Pengisian Kurikulum
:
Kajian Tempatan
Nilai
:
Bekerjasama
Kewarganegaraan
:
Mencintai Alam sekitar
KBT
:
Kemahiran Berfikir :- menjana idea
BBM
:
Video Lagu, Gambar, Lembaran kerja, Carta Alir

·         KBT – Kemahiran Bertambah Nilai

Saturday, 14 April 2012

Langkah-Langkah Pengajaran


Langkah-Langkah Pengajaran

Langkah /
masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
Dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Guru melekatkan lirik lagu ‘Sungai’ di papan tulis.

Guru menayang video lagu/minus one lagu sungai.

Apakah yang ditunjukkan dalam video?

Murid-murid menyanyikan lagu ‘Sungai’

Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan sungai

Guru mengaitkan tayangan video lagu sungai dengan topik pelajaran.

NILAI:
Bersyukur
Keindahan

Perkembangan
Langkah 1
(20 minit)







Sungai
a.   Sungai Yang Bersih
b.  Sungai Yang Kotor


Guru menunjukkan dua keping gambar kepada murid-murid.

Murid diminta memberikan idea atau pendapat tentang gambar sungai yang bersih & gambar sungai yang kotor

Guru bersoal jawab dengan murid untuk menguji tahap pemahaman murid.

KAEDAH :
Soal jawab

NILAI :
Peka
Teliti





Langkah 2
(20 minit)

Petikan Teks Pencemaran
1.     Perbincangan tentang punca, kesan & akibat daripada pencemaran.


Murid diberikan petikan teks tentang pencemaran sungai.

Membaca teks dengan betul mengikut intonasi dan sebutan yang betul dan kuat.

Guru membetulkan kesilapan bacaan murid.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang petikan untuk menguji tahap pemahaman murid

Mengenal pasti punca, kesan & kibat daripada pencemaran


KAEDAH
Soal jawab

BBM
Petikan

NILAI
Yakin
Berani mencuba

Langkah 3
(10 minit)



Aktiviti
·         Mengisi maklumat dalam carta alir

·         Menyatakan punca, akibat dan kesan pencemaran air









Murid-murid diberikan carta alir.

Mengisi setiap petak kosong yang ada dalam carta alir

Memberikan jawapan untuk setiap tempat kosong dalam carta alir tersebut.

Guru membimbing dan membuat penilaian terhadap pencapaian objektif yang ditetapkan.

NILAI :
Bekerjasama
Yakin
Berani mencuba

KBKK
Membanding dan membeza

BBM
Carta alir


Penutup
(5 minit)



Rumusan
·         Mengatakan nilai murni







Guru merumuskan pelajaran pada hari.

a.     Kebersihan adalah separuh dari iman
b.    Kita perlu menjaga sungai kita daripada tercemar bagi mengelakkan hidupan sungai mati














Friday, 13 April 2012

Thursday, 12 April 2012

Lirik Lagu Sungai







LAGU SUNGAI
Airmu Mengalir Dari Gunung Jauh Di Sana
Jernih Dan Sejuknya Sungguh Indah Dipandang Mata
Kau Tetap Mengalir Walau Apa Halangan Tiba
Tak Berhenti Henti Hingga Sampai Di Laut Nanti
Masa Juga Kan Berlalu Tak Menunggu Kita
Gunakanlah Sepenuhnya Janganlah Leka
Kau Tetap Mengalir Walau Apa Halangan Tiba
Tak Berhenti Henti Hingga Sampai Di Laut Nanti

Wednesday, 11 April 2012

Gambar Sungai Yang Bersih

                                                        SUNGAI YANG BERSIH




 

Tuesday, 10 April 2012

Gambar Sungai Yang Kotor

                                                        SUNGAI YANG KOTOR





Monday, 9 April 2012

Petikan Pencemaran Air

                                                        PENCEMARAN AIR



                   Air merupakan bahan penting untuk manusia dan haiwan. Malangnya pada masa ini, air dikatakan telah dicemari. Pencemaran air berpunca daripada sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab. Sungai yang menjadi sumber penting air menjadi kotor. Orang ramai membuang sampah ke dalam sungai
                    Hidupan air seperti ikan tidak dapat membiak dengan sempurna. Akibatnya, sukar bagi kita untuk mendapatkan sumber makanan. Air sungai yang kotor boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit berbahaya yang disebabkan oleh air ialah penyakit taun. Penyakit taun boleh menyebabkan kematian. Jika sungai terus tercemar, kesihatan orang ramai pasti terjejas.
                    Undang-undang yang ketat mestilah dikenakan terhadap masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai yang mencemarkan sungai mesti dikenakan tindakan. Selain itu, kerajaan boleh mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan sungai.